Insuran / Waranti / Jaminan

Syarikat Takaful Malaysia Dan Allianz Malaysia Dianugerahkan Syarikat Takaful Motor Terbaik Dan Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016

 iBanding Services Sdn. Bhd. (“iBanding”), syarikat berasaskan pengetahuan bebas yang menyediakan maklumat telus mengenai industri insurans tempatan, hari ini telah menganugerahkan Syarikat Takaful Malaysia dan Allianz Malaysia, Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016. Anugerah ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh iBanding untuk menentukan kedudukan syarikat insurans di Malaysia berdasarkan maklum balas sebenar dari pemandu-pemandu kereta di Malaysia¹. Kajian ini berdasarkan kaedah Net Promoter Score (NPS)² yang mengkaji secara terperinci kepuasan pengguna. Kajian iBanding ini juga menggunakan kaedah statistikal dan parameter untuk mengesan unsur penipuan³ bagi menentukan keputusan yang tidak berat sebelah. Daripada 4,000 maklum balas bebas yang didapati dari seluruh Malaysia untuk tahun 2016, 2,600 maklum balas diterima, dengan Syarikat Takaful Malaysia mendahului kedudukan bagi kategori Takaful manakala Allianz Malaysia bagi kategori insurans konvensional.

Kajian menunjukkan pengguna Syarikat Takaful Malaysia adalah yang paling berpuas hati dengan perkhidmatan insurans mereka dan lebih kerap mencadangkan syarikat insurans motor tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan mereka berbanding syarikat-syarikat lain. Pengguna meletakkan harga, mutu perkhidmatan dan manfaat polisi sebagai keutamaan dalam memilih syarikat insurans.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Dato’ Sri Mohamed Hassan Kamil berkata Syarikat Takaful Malaysia menawarkan insurans am, hayat dan kesihatan selama lebih dari 30 tahun, dan anugerah iBanding ini dapat mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap pelanggan, “Kami amat berbangga kerana diiktiraf sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik di Malaysia 2016. Ini jelas menunjukkan tahap komitmen kami untuk menjadi pilihan pengguna. Tawaran unik kami iaitu ganjaran 15% pulangan tunai jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan, serta produk Takaful Motor cukup membezakan kami dari mana-mana pesaing dalam industri. Anugerah ini menjadi bukti terhadap manfaat dan nilai hebat yang disampaikan secara konsisten kepada pengguna Takaful Motor, disamping menunjukkan penerimaan jenama serta produk Motor Takaful dikala kami terus berusaha untuk manjadikan hidup pengguna lebih sempurna.”

Tidak hairanlah tiga pertimbangan utama yang disebut oleh pemegang insurans Takaful adalah serupa seperti yang dinyatakan oleh pemegang polisi insurans konvensional. Buat pengguna insurans konvensional, Allianz Malaysia telah menyediakan perkhidmatan cemerlang, sekaligus melayakkan mereka sebagai Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016.

Anugerah iBanding – Memperkasa Pengguna Untuk Membuat Keputusan Berpandukan Pengetahuan

Pengiktirafan iBanding terhadap Syarikat Takaful Malaysia dan Allianz Malaysia sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016 merupakan anugerah pertama sepertinya di dalam industri ini. Selain menyampaikan maklumat yang bernilai, penarafan tahunan iBanding untuk syarikat-syarikat insurans motor konvensional dan motor Takaful insurans menyediakan pengguna dengan pengetahuan dan keyakinan untuk memilih syarikat insurans yang terbaik dan bersesuaian.

Luke Roho, Pengasas iBanding menghuraikan, “Selama 30 tahun, rakyat Malaysia tidak merasa keperluan untuk membandingkan polisi-polisi insurans motor yang berbeza. Ini kerana harga polisi dikawal oleh struktur tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi, ini akan berubah dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor pada bulan Julai tahun ini. Dengan pelaksanaan ini, harga insurans motor tidak lagi dikawal selia. Ini bermakna syarikat insurans dapat menentukan harga dan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan berlainan harga kepada pengguna. Walaubagaimanapun, harga murah tidak menentukan tawaran itu baik. Kedudukan syarikat dan penganugerahan daripada kami dapat membantu pengguna membuat keputusan bijak membeli insurans motor yang terbaik, berdasarkan harga dan kualiti perkhidmatan. Sebaik-baiknya, pengguna ingin membeli insurans dengan perkhidmatan yang terbaik pada harga terendah.”

Roho menambah, pengguna perlu bersedia menghadapi sebarang perubahan selepas pelaksanaan liberalisasi tarif, “Selepas pelaksanaan liberalisasi tarif ini, pengguna mungkin merasa pembelian insurans merumitkan kerana syarikat atau ejen insurans perlu bertanya lebih banyak soalan. Maklumat ini diperlukan oleh syarikat insurans untuk menilai jika anda adalah pemandu yang selamat, yang akhirnya, akan menentukan harga insurans pengguna. Jika syarikat insurans memutuskan pengguna tersebut sebagai pemandu berisiko tinggi, harga insurans pemandu akan menjadi tinggi. Ini bermakna dua pengguna yang memiliki kereta model sama akan membayar harga insurans yang berlainan berdasarkan faktor seperti pekerjaan dan kesalahan trafik. Berdasarkan faktor-faktor ini, membeli insurans mungkin akan menjadi suatu pengalaman yang mengerunkan terutama bagi mereka yang membeli buat kali pertama. iBanding dapat membantu pengguna memilih syarikat yang paling sesuai melalui anugerah ini.”

iBanding adalah syarikat bebas pertama di Malaysia yang menyampaikan maklumat industri insurans yang telus kepada pengguna, “Kami mempunyai kedudukan baik sebagai perintis untuk mendukung industri selepas pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor nanti. Kami menerima tanggungjawab ini dengan serius melalui komitmen untuk membantu pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai insurans, dan menyediakan maklumat bebas kepada rakyat Malaysia supaya dapat menentukan syarikat insurans motor yang terbaik untuk mereka,” kata Roho.

Untuk maklumat lanjut Anugerah Insurans Motor 2016 oleh iBanding, sila layari http://mia.ibanding.com.

Previous post

Bentuk Kabin Yang Akan Datang Dari Renault

Next post

Brabus B50 Boleh Jadi Milik Anda Dari RM7,700.00 Sebulan. Berminat?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *