Berita Auto

Podium dan Lap Terpantas Untuk Phoenix Racing Asia di Blancpain GT Series Asia

Phoenix Racing Asia menyertai musim pertama Blancpain GT Series Asia sebagai salah satu pasukan ‘favourite’ dan selepas dua perlumbaan sengit di bawah sinaran matahari Malaysia, Marchy Lee dan Shaun Thong dari Audi Hong Kong muncul pemenang tempat ketiga dengan kutipan mata yang membolehkan mereka terikat di kedudukan ketiga kejohanan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selepas mendapat petak pertama dengan catatan masa terpantas semasa pusingan kelayakan pada pagi Sabtu, pemandu utama Phoenix Racing Asia iaitu Alex Yoong berjaya meninggalkan pesaing pada awal perlumbaan namun dicabar oleh Rui Aguas yang memandu Ferrari 488. Pemandu Portugal itu menggunakan strategi tayar berlainan namun tidak mampu mengekalkan momentumnya.

PhoenixRacingAsia_Yoong_leads_Sepang_R2_090417_BS_med

Persaingan Shaun Thong pada mulanya digagalkan oleh Lamborghini milik Ho-Pin Tung yang berpusing ketika keluar daripada selekoh kedua, sekaligus menyebabkan pemandu Audi Hong Kong itu mengelak dan bertembung dengan sebuah Lamborghini lain pula. Dengan kerosakan minimum, Thong berjaya melepaskan diri dan akhirnya menyertai kelompok utama sebelum hentian pit wajib.

PhoenixRacingAsia_Lee_Sepang_R2_090417_BS_med

Hentian pit yang pantas membolehkan Lee memasuki semula perlumbaan di kedudukan ketujuh, sebelum memanjat tangga persaingan satu demi satu dengan adanya tayar slick Pirelli baharu.

Sepang International Circuit (9 April, 2017)
Rnd#2 2017 Blancpain GT Series Asia (60-minutes)
1. Davide Rizzo/Anthony Liu (Ferrari 488 GT3) – 27-laps
2. 86. Patel/Gilbert (Audi R8 LMS GT3) +26.697
3. 5. Thong/Lee (Audi Hong Kong Audi R8 LMS GT3) +29.355
4. 999. Marciello/Abbott (Mercedes AMG GT3) +36.247
5. 888. Syzmkowiak/Sugden (Mercedes AMG GT3) +42.926
6. 1. Di Folco/Read (Lamborghini Huracan GT3) +47.187
7. 88. Camathias/Gounon (Porsche GT3-R) +48.867
8. 7. Stevens/Lee (Audi R8 LMS GT3) +50.736
9. 6. Yoong/Au (Audi Hong Kong Audi R8 LMS GT3) +52.010
10. 39. Wiser/Xin (Ferrari 488 GT3) +53.515

Previous post

8 Ciri-ciri Ford Ranger FX4 2.2L Yang Akan Datang

Next post

Jeep Grand Cherokee Trackhawk Buru Pesaing Dengan 707HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *