Kawan Lama Mungkin Muncul Kembali – Alfa Romeo Sprint
Abang Otai semua! Ingatkah kepada coupe sport klasik dari Alfa Romeo yang kita semua mimpi-mimpikan ketika membesar dulu?
Alfa Romeo merancang untuk melancarkan peperangan habis-habisan terhadap jenama mewah Jerman dan ini adalah sebabnya pembuat klasik Itali ini sedang giat berusaha mengeluarkan Giulia versi dua pintu untuk menyaingi BMW 4 Series, Audi A5, dan Mercedes C- Class Coupe.
Alfa merancang untuk memulihkan nama ‘Sprint’ untuk coupe sport baru mereka dan Sprint 2018 akan berkongsi drivetrain Giulia dan kabin peralatan semasa.
Kami rasa dengan menghidupkan semula nama Sprint untuk 2-pintu yang baharu ini memang masuk akal dan kami pasti ia akan diterima baik di seluruh Asia.
No Comment