Anda Menang Baucer RM200,000 Untuk Sedan. Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Paras RM200,000 adalah di mana ianya mula benar-benar menarik untuk kita kaki kereta. Disinilah saatnya kita pergi dari biasa kepada istimewa. Tolak campur kira-kira RM10,000, ini adalah segmen yang memenuhi keperluan orang yang mencari lebih daripada nilai jualan semula. Ini bukan ‘kereta impian’, tetapi ia pasti sedikit luar biasa dengan cara mereka tersendiri. Dengan itu, inilah dia, persembahan kami, beberapa kegemaran kami sekitar RM200,000.
Dalam tiada kiraan tertentu:
Ford Mondeo (2.0 EcoBoost) – OTR tanpa insuran: RM200,388
Memang cantik. Dari depan macam kereta FBI. Bunyi dan prestasi terbaik. Walaupun panjang agak lincah.
Untuk pemandu yang mahukan terbaik tetapi tidak terlalu menayang.
Mazda 6 (2.2 SKYACTIV-D) – OTR tanpa insuran: RM202,830.30
Bila sebut kereta Jepun ‘harga jualan balik yang terbaik tetapi tiada perwatakkan’ selalu dalam pemikiran. Dengan Mazda itu jauh sama sekali. Ini contoh yang mereka boleh lakukannya dengan betul.
Walaupun diesel, enjin ini adalah yang ditune terbaik yang pernah kita uji. Maha berkuasa dengan 420nm dan diedar secara linear. Pengendalian macam sedan sport Jerman sports dengan yang rupa yang menawan tiada bandingan.
Volkswagen Passat (2.0 TSI Highline) – OTR tanpa insurance: RM200,030
Dengan B8 Passat, 2.0 TSI Highline lah yang terbaik. Mempunyai ciri-ciri yang tidak pada mana-mana kereta lain dengan harga sebegini. Instrument cluster adalah digital. Drivetrain dari kereta prestasi. Kualiti binaan tiada bandingan.
Jika tergerak hendak memberi Volkswagen peluang. Mula dengan yang ini.
BMW 3-Series (318i Luxury)- RRP tanpa insuran: RM205,800
F30 3-Series ini ngam-ngam memasuki senarai kami ini. Ramai yang akan terus memilihnya sebagai pemenang tetapi ada seperkara-dua yang perlu dipertimbangkan dulu. Pertama, dia yang paling slow disini. Top speed hanya 210 km/j. Pecutan 0-100 km/j hampir 9 saat. Ianya mungkin yang paling menyeronokkan tetapi dia agak susah untuk ikut yang lain.
Boot dia pun yang paling kecil. Tak banyak ciri-ciri. Sungguh basic. Tapi ianya 3 Series dan ianya rear wheel drive. Anda bayar untuk pengalaman memandu yang luar biasa.
No Comment