Berita Auto

BMW 740Le xDrive Kini Masuk Pasaran Malaysia

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan varian terkini 7 Series di negara ini iaitu 740Le xDrive. Seperti X5 xDrive 40e dan 330e yang dilancarkan sebelum ini, model terbaru itu menawarkan pemanduan elektrik menerusi teknologi BMW eDrive.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari aspek luaran, 740Le xDrive hadir dengan penampilan yang sama dengan model 7 Series yang lain kecuali ia mempunyai lencana eDrive pada tiang C dan logo BMW i pada panel sisi hadapan. Gaya elegan limosin itu dilengkapkan dengan rim aloi ringan dengan jejari berkembar bersaiz 19 inci.

????????

Ruang kabin 740Le xDrive menampilkan upholsteri kulit Nappa bersama kemasan kayu berwarna kelabu. Ia diperkaya dengan lampu ambien dengan enam warna dan mood berbeza serta Welcome Light Carpet pada bahagian hadapan pintu depan. Bumbung kaca panoramik Sky Lounge yang dipasang dengan lebih 15,000 butiran lampu LED turut disertakan.

Di belakang, unit kawalan BMW Touch Command iaitu tablet bersaiz 7 inci diletakkan di konsol tengah dan boleh dialih keluar dan disambung dengan sistem kenderaan. Ini membolehkan penumpang mengakses fungsi hiburan dan keselesaan dari tempat duduk belakang.

????????

Aspek keselesaan dipertingkatkan dengan tempat duduk yang dibina bersama pelarasan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan, serta fungsi lapan program urutan dengan program Vitality untuk tempat duduk belakang. Semua ini boleh dinikmati sambil mendengar muzik menerusi sistem bunyi Harman Kardon dengan 16 unit pembesar suara.

740Le xDrive menampilkan gabungan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dan motor elektrik yang menawarkan jumlah kuasa keseluruhan kuasa sebanyak 326 hp dan 500 Nm tork. Dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive, limosin ini memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 5.3 saat dan mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 2.5 liter bagi setiap 100 km dan pelepasan emisi CO2 sebanyak 56 gram setiap km.

????????

Motor elektrik tersebut bertindak sebagai generator yang berfungsi sama ada dengan mengalihkan beban enjin atau menyimpan kembali tenaga ketika membrek bergantung kepada mode hibrid yang dipilih. Tenaga yang dijana kemudian disalurkan ke dalam bateri lithium ion bervoltan tinggi dengan kapasiti 9.2 kWh.

Ia boleh dicas menerusi soket kuasa domestik atau dengan menggunakan BMW i Wallbox Connect yang boleh mengecas penuh dalam masa lima jam. Selain itu, pemandu juga mempunyai akses ke 181 stesen ChargEV milik GreenTech Malaysia di seluruh negara melalui servis mobiliti BMW ChargeNow.

????????

Menerusi butang eDrive yang diletakkan di konsol tengah, pemandu boleh memilih beberapa sistem konfigurasi pacuan. Auto eDrive akan mengaktifkan enjin pada kelajuan sekitar 80 km/j atau apabila pendikit minyak ditekan keras manakala Max eDrive menawarkan pemanduan elektrik sepenuhnya dalam jarak sehingga 41 km. Battery Control pula membolehkan pemandu untuk mengaktifkan penggunaan bateri secara manual dengan menetapkan jumlah caj untuk digunakan dalam perjalanan nanti.

Selain daripada mod Eco Pro, Comfort dan Sport, 740Le xDrive juga dilengkapi dengan mod Adaptive yang menetapkan maklum balas kereta mengikut gaya dan profail laluan pemandu.

????????

Aplikasi BMW Connected bukan sahaja membolehkan pemandu untuk memantau prestasi kereta, malah menentukan atmosfera ruang kabin dengan mengawal fungsi pendingin hawa menggunakan telefon pintar. Pemandu juga boleh memantau tahap caj bateri, lokasi stesen pengecasan, jarak menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan jumlah petrol yang dapat dijimatkan.

740Le xDrive juga didatangkan dengan BMW Display Key yang membolehkan pemandu memeriksa takat minyak di dalam tangki, jarak terkini kenderaan, status caj, status sistem kunci berpusat, tingkap dan bumbung kaca, mengetahui masa serta mengaktifkan sistem pendingin hawa dan ventilasi dari dalam kenderaan dengan hanya menggunakan kunci yang disediakan.

????????

BMW 740Le xDrive serba baharu didatangkan dalam warna hitam (Black Sapphire), biru (Imperial Blue), putih (Mineral White) dan kelabu (Sophisto Grey).

Harga runcit (di atas jalan tidak termasuk insurans, merangkumi jaminan perbatuan tanpa had selama 5 tahun, program servis berjadual percuma dan program jaminan tayar) ialah RM598,800.

????????

Model ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara mulai hari ini.

 

 

 

 

 

Previous post

Volvo Trucks Malaysia Lancar FH Series

Next post

Kegunaan Dan Pengalaman Sebenar Pikap 4 × 4 Yang Anda Lupa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *