Honda Jazz Petrol Dan Hibrid Sukan Baharu Di Malaysia
Jazz baharu, kedua-dua Petrol dan Hibrid Sukan dijangka memasuki pasaran Malaysia pada S2 2017 dengan varian Hibrid Sukan sedia untuk penghantaran kepada pelanggan dari S3 2017 dan seterusnya.
Hibrid Jazz baharu akan datang dengan sistem Hybrid Sport, menjadikan Honda Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun untuk memperkenalkan Sistem Hibrid dwi-klac Drive (i-DCD) pintar baharu Honda.
Enjin 1.5L DOHC i-VTEC menggabungkan transmissi 7-Speed Dual Clutch bersepadu dengan High Power Motor.
Unit Kuasa Pintar (IPU) diperbuat daripada bateri Lithium ion (Li-ion) yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk prestasi yang lebih baik.
Kuasa kuda gabungan kedua-dua sistem adalah 137PS yang bersamaan dengan output enjin 1.8L.
Kunjungi mana-mana 90 pengedar Honda sah di seluruh negara untuk tempahan atau talipon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.
No Comment