Motosikal / Skuter / Roda

Harley-Davidson Akan Hasilkan Motosikal Elektrik

Harley-Davidson kini dalam persiapan bagi menghasilkan kira-kira 100 model baharu dalam tempoh 10 tahun akan datang, dan salah satunya adalah motosikal elektrik yang mungkin berasaskan prototaip Livewire yang diperkenalkan tiga tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam satu temu bual bersama laman web Drive, Bill Davidson, naib presiden muzium Harley-Davidson mengesahkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan sebuah motosikal elektrik sebagai sebahagian daripada rancangannya. Projek tersebut masih berjalan, namun tidak diketahui bila ia akan menjadi kenyataan.

Mengetahui bahawa motosikal elektrik tersebut akan kehilangan bunyi ekzos kuat yang sudah menjadi trademark Harley-Davidson, Bill mengakui syarikat itu sedang berusaha untuk menghasilkan bunyi enjin seperti jet pejuang bagi memikat golongan pembeli muda terutamanya. Ia akan dihasilkan menggunakan falsafah sama yang digunakan bagi enjin V berkembar dari aspek bunyi, prestasi dan ‘feel’.

Muncul buat pertama kali pada 2014, prototaip Livewire menampilkan motor elektrik yang dijana oleh bateri lithium-ion yang menghasilkan 74 hp dan 70 Nm – sama seperti model Sportster 883. Ia boleh dicas sepenuhnya dalam masa dua jam untuk jarak tunggangan kira-kira 85 km.

 

Previous post

Porsche Hasilkan Sejuta Unit 911 Sejak 1963

Next post

Acara Berbasikal "Jom Kayuh Mesra Alam" Anjuran Proton-Bank Muamalat Dapat Sambutan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *