Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota
Minggu lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengadakan kempen istimewa ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ dengan kerjasama IOI City Mall.
Semua pelanggan yang membuat pembelian di outlet terlibat iaitu HomePro dan Parkson berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah di mana pelanggan boleh mendapat pulangan tunai sebanyak 50% daripada jumlah belanja yang dikeluarkan.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu mendaftar di booth Toyota, membeli-belah seterusnya menghantar barang-barang yang dibeli ke rumah dengan memandu kenderaan Toyota yang disediakan.
Jangan risau jika anda terlepas kerana UMWT sekali lagi akan mengadakan cabutan bertuah pada 17 dan 18 Jun ini di lokasi yang sama. Selain daripada cabutan bertuah tersebut, pengunjung yang memandu uji kenderaan Toyota juga akan mendapat kad Starbucks bernilai RM20 manakala pengunjung yang memuat naik gambar bersama keluarga ke akaun Instagram berserta hashtag #SyoknyaRayadgnToyota akan menerima barangan eksklusif Toyota.
Syarikat itu juga akan mengedarkan biskut percuma dan sampul duit raya kepada pemilik Toyota sedia ada. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menunjukkan kunci Toyota anda.
Selain itu, Toyota juga sedang menjalankan promosi Aidilfitri Drive di mana pelanggan berpeluang mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM5,000.
No Comment