Berita Auto

Honda NSS300 dan PCX Kini Boleh Didapati Dalam Warna Candy Caribbean Blue Sea

Boon Siew Honda meneruskan usahanya untuk menakluk pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran skuter NSS300 dan PCX versi terbaru yang kini didatangkan dalam warna Candy Caribbean Blue Sea.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

NSS300

Mula dilancarkan di Malaysia pada 2014, NSS300 merupakan skuter premium saiz pertengahan yang menawarkan reka bentuk menawan dengan keselesaan serta lebih nilai.

2017 Honda NSS300 06

Ia dikuasakan oleh enjin 279 cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 25.5 hp pada 7,500 rpm dan 26 Nm tork pada 5,000 rpm. Kuasa kemudiannya dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik V-matic.

2017 Honda NSS300 07

Selain daripada penampilan yang kemas, NSS300 juga menyediakan ciri-ciri yang praktikal seperti lampu halogen berkembar serta kluster instrumen yang memaparkan maklumat seperti speedometer, jam, trip, bahan api, suhu serta lampu amaran.

2017 Honda NSS300 10

Skuter itu juga dilengkapi dengan ruang menyimpan barang di bawah tempat duduk yang cukup luas untuk memuatkan dua buah topi keledar ‘full face’. Selain itu, ABS juga disertakan bagi menambah ciri keselamatan.

2017 Honda NSS300 02

Juga boleh didapati dalam warna Pearl Himalayas White dan Seal Silver Metallic, NSS300 dijual dengan harga bermula dari RM30,727.28 (harga jualan asas termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia dilindungi oleh jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

PCX

PCX membuat penampilan pertamanya di Malaysia pada 2012, diikuti dengan versi yang dipertingkatkan pada 2015. Versi terbaru ini mengekalkan enjin sejukan cecair, silinder tunggal bersesaran 149 cc yang menghasilkan 12.5 hp pada 8,500 rpm dan 13 Nm pada 5,500 rpm.

2017 Honda PCX 06

Bahan api disampaikan kepada enjin menerusi sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI, sementara kuasa pula disalurkan ke roda belakang melalui transmisi V-matic.

2017 Honda PCX 01

Dengan berat sehingga 131 kg, PCX menampilkan suspensi teleskopik di hadapan dan suspensi berkembar di belakang. Ia mendapat bekalan kuasa membrek daripada cakera tunggal hidraulik hadapan dan brek drum belakang.

2017 Honda PCX 10

Selaind daripada warna baru tersebut, PCX juga boleh didapati dalam warna Asteroid Black Metallic dan Pearl Metalloid White seperti sebelum ini. Ia boleh menjadi milik anda dengan harga RM11,658.94 (harga jualan asas termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Skuter itu juga didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

 

Previous post

Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota

Next post

Pengeluaran Perodua Myvi Mencecah Satu Juta Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *