VIDEO: Perbezaan Tayar 17, 18 dan 19 Inci
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa memilih tayar untuk kenderaan anda. Selain daripada harga, jenama dan fungsi tayar itu sendiri, saiz juga memainkan peranan penting dalam memberikan prestasi yang optimum. Selalunya, tayar ‘low profile’ dikatakan pilihan terbaik untuk cengkaman manakala tayar yang lebih kecil adalah lebih baik untuk keselesaan. Adakah ini benar?
Bagi menjawab persoalan ini, Jonathan Benson dari Tyre Reviews telah melakukan beberapa siri ujian menggunakan Golf GTI Mk7 dengan tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 dalam saiz 225/45 R17, 225/40 R18 dan 225/35 R19. Ia dilakukan di litar ujian Goodyear di selatan Perancis.
Ujian pertama di lakukan di atas permukaan kering dan seperti yang dijangka, tayar 19 inci merupakan yang terpantas manakala 17 inci paling perlahan. Namun, perbezaan antara ketiga-tiga saiz tayar ini amat kecil. Lain pula ceritanya di atas permukaan basah, di mana tayar 17 inci menjadi tayar yang paling baik dengan keseimbangan dan maklum balas yang baik.
Selain itu, Benson juga melakukan ujian NVH (noise, vibration and harshness) dan menggunakan alat pengukur bunyi bagi menentukan tayar yang paling senyap. Apakah keputusannya? Lihat video di bawah.
No Comment