Nilai Jenama Tesla Melebihi Porsche & Land Rover
Tesla, yang meningkat nilai jenama 32% kepada USD5.9 bilion, mengatasi Land Rover dan Porsche untuk melonjat ke No. 8 dalam ranking tahun ini dari No. 10 tahun lepas di kalangan jenama automotif.
Cerita Tesla menarik kerana ia bukan sahaja kereta yang ia tawarkan sekarang; ia adalah janji untuk masa depan. Ada tanggapan bahawa ia menawarkan pengalaman jenama yang hebat, malah di kalangan bukan pemilik. Satu-satunya jenama lain yang di lihat mempunyai tarikan sebelum mereka masuk ke pasaran besar-besaran adalah Apple dan Facebook.
Land Rover susut kepada tempat untuk No. 9 walaupun meningkatkan nilai jenama 17% kepada USD5.5 bilion. Land Rover berjaya dalam semua pasaran utama kerana selera yang semakin meningkat untuk SUV.
No Comment