Hyundai Ioniq Terima Anugerah Green Good Design 2017
Hyundai Ioniq adalah contoh terbaik untuk menunjukkan bahawa kenderaan cekap bahan api tidak semestinya mempunyai reka bentuk yang membosankan. Di Amerika Syarikat, Ioniq telah menerima anugerah Green Good Design 2017 daripada Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design dan European Centre for Architecture Art Design and Urban Studies.
Anugerah tersebut meraikan contoh-contoh reka bentuk mampan terbaik selain memberikan kesedaran tentang hasil rekaan syarikat-syarikat yang memberi kesan positif terhadap alam sekitar.
“Hyundai Motor komited untuk memajukan masa depan pemanduan mesra alam dan Ioniq hanyalah permulaan,” kata Chris Chapman, ketua pereka Hyundai Design Center.
Ioniq merupakan kenderaan eco pertama di dunia yang menawarkan tiga jenis rangkaian kuasa dengan satu platform iaitu hibrid, hibrid plug-in serta elektrik.
No Comment