Jaguar Sahkan Kehadiran E-Pace
Jaguar telah memperkenalkan SUV kompak prestasi terbarunya yang dikenali sebagai E-Pace. Menggabungkan reka bentuk kereta sports dengan praktikaliti SUV, E-Pace adalah kesinambungan kepada model F-Pace serta konsep I-Pace yang bakal dikeluarkan pada 2018.
Ian Callum, pengarah reka bentuk Jaguar, berkata, “Kombinasi rupa kereta sports dan prestasi Jaguar akan memastikan bahawa E-Pace menonjol. Setiap kenderaan Jaguar direka untuk merangsang pancaindera dan kami fikir E-Pace akan melakukannya, walaupun dengan karakter tersendiri.”
Setakat ini, tidak banyak maklumat mengenai E-Pace didedahkan. Selain daripada gambar di atas, Jaguar mengesahkan bahawa E-Pace akan didatangkan dengan teknologi AWD, barisan enjin petrol dan diesel Ingenium, serta pelbagai teknologi perhubungan dan ciri keselamatan.
SUV kompak itu akan didedahkan pada peringkat global pada 13 Julai ini.
No Comment