JEEP Akan Ke China Tidak Lama Lagi …… Adakah Ini Bermakna Harganya Akan Turun?
Nampak gayanya jenama ikonik Jeep dan semua modelnya mungkin dijual kepada syarikat kereta China sebelum akhir tahun ini. Syarikat kereta China dan industri lain di bawah tekanan kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka keluar China dengan memperoleh syarikat asing. FCA mungkin menjadi sasaran seterusnya, memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif Sergio Marchionne telah memberi tumpuan memperkemaskan operasi untuk menjadikannya menarik kepada pembeli, membuat langkah berani seperti berhenti mengeluarkan kereta dan sedan kecil dan merombak footprint pembuatan syarikat.
Ianya tidak jelas pembuat mobil China yang mana yang sedang mengejar FCA. Sumber-sumber yang berbeza telah menunjukkan penglibatan yang berbeza, seperti Dongfeng Motor, Great Wall, Zhejiang Geely Holding Group atau rakan usaha sama FCA semasa di China, Guangzhou Automobile Group. Tetapi ia juga tidak jelas mengenai syarikat mana yang mungkin mengejar cita-cita ini atau berjaya.
FCA membisu dan juga keempat-empat pembuat kereta Cina. Tetapi jika jualan in diteruskan, jenama Jeep Amerika yang pernah dimiliki oleh orang Jerman dan yang paling baru-baru ini oleh orang Itali / Belanda tidak lama lagi akan dimiliki oleh China.
No Comment