Akademi Automotif Volkswagen Pertama di Malaysia Dibuka
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasminya melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di negara ini.
Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap. Akademi itu mampu menempatkan sehingga 150 orang pelatih setiap hari. Mereka akan menjalani program-program yang intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalan kan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi. Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi. Bagi latihan selepas jualan pula, terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC). Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pengubahsuai lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan.
Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan. Bukan itu sahaja, Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serbaguna dan enam bilik belajar.
No Comment