Berita Auto

Maserati Ghibli GranLusso Lebih Kemas, Lebih Canggih

Setelah empat tahun mengecapi kejayaan di pelbagai pasaran antarabangsa, Maserta Ghibli akhirnya mendapat pembaharuan dari segi reka bentuk dan kandungan teknologi. Model yang kini digelar sebagai Ghibli GranLusso ini bakal membuat penampilan sulungnya di Chengdu Motorshow, China.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sedan sport dari Itali itu menampilkan reka bentuk bampar hadapan baharu dengan kemasan krom pada bahagian jeriji. Dari sisi, identiti Ghibli GranLusso diserlahkan lagi dengan lambang pada dapra hadapan, manakala di bahagian belakang pula terdapat bampar dengan reka bentuk terkini.

Small-13240-MaseratisvelaleprimeimmaginidellanuovaGhibliGranLusso

Menurut Maserati, perubahan pada bahagian luaran Ghibli GranLusso bukan sahaja untuk imej yang lebih sporty, malah kecekapan aerodinamik juga dapat dipertingkatkan sekaligus memberikan sedan itu prestasi lebih baik.

Small-13242-MaseratisvelaleprimeimmaginidellanuovaGhibliGranLusso

Selain itu, model baharu ini juga membawa lampu hadapan LED adaptif dengan ciri high beam Matrix untuk pencahayaan lebih baik manakala ciri ADAS membolehkan sedan itu dipandu secara autonomi.

Small-13241-MaseratisvelaleprimeimmaginidellanuovaGhibliGranLusso

Tiada perubahan dari segi teknikal, di mana Ghibli GranLusso mengekalkan enjin turbo 3.0-liter V6 yang digunakan pada model sedia ada. Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF, enjin tersebut menghasilkan 350 hp dan 500 Nm tork.

Previous post

Naza Kia Sasar Kedudukan Lebih Kukuh Dengan Perkhidmatan dan Produk Lebih Menarik

Next post

Tan Chong Lancar Program Jaminan Lanjutan 'TC Warranty Plus'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *