Tan Chong Lancar Program Jaminan Lanjutan ‘TC Warranty Plus’
Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS), bahagian insurans Tan Chong Motor Holdings Berhad secara rasminya melancarkan satu program jaminan lanjutan untuk para pemilik kenderaan Nissan – TC Warranty Plus.
Program ini menawarkan jaminan lanjutan daripada jaminan biasa tiga tahun (kenderaan kegunaan peribadi sahaja) untuk para pemilik Nissan. Ia berkuatkuasa selepas berakhirnya tempoh jaminan asal pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km.
TC Warranty Plus hadir bersama 3 pakej jaminan lanjutan:
Pakej EW 150 | Tambahan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar. |
Pakej EW 200 | Tambahan selama empat tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan untuk tahun keempat dan kelima adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar. Manakala jaminan untuk tahun keenam dan ketujuh melibatkan tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng). |
Pakej EW 25 | Tambahan selama satu tahun, 25,000km atau dua tahun, 50,000km (mana-mana tiba dahulu) ke atas tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng) untuk kenderaan berusia kurang lima tahun di mana jaminan sudah tamat atau terbatal. |
Dengan setiap pendaftaran program ini, pelanggan akan diberi Promosi Terawal dan layak menerima satu set ‘Kit Menyegarkan Semula Enjin Petrol’ secara percuma, sah sehingga 31 Oktober 2017.
HARGA MODEL | EW150 (+2 Tahun) | EW200 (+4 Tahun) | EW25 (+1 Tahun) | EW25 (+2 Tahun) |
Almera (N17) | RM998 | RM1,588 | RM488 | RM 976 |
Serena S-Hybrid (C26) | RM1,998 | RM2,988 | RM888 | RM 1776 |
X-Trail (T32) | RM1,998 | RM2,988 | RM888 | RM 1776 |
Untuk mengetahui harga model-model lain serta maklumat lanjut mengenai program TC Warranty Plus, sila kunjungi bengkel TCEAS dan bilik pameran ETCM berhampiran, atau hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd.: 1800-88-8185.
Penggantian Inflator Beg Udara Takata di Cawangan Tesco
Selain itu, ETCM dan TCEAS telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan penggantian inflator beg udara Takata yang akan diadakan bukan sahaja di pusat servis tetapi juga di cawangan Tesco terpilih yang dijadualkan seperti berikut:
Tarikh | Masa | Lokasi |
23 – 24 Sept 2017 | 10am – 6pm | Tesco Bandar Bukit Puchong |
30 Sept – 1 Okt 2017 | Tesco Extra Klang | |
7 – 8 Okt 2017 | Tesco Extra Cheras |
No Comment