Berita Auto

Program BMW Oil Inclusive Baharu Diperkenalkan di Malaysia

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program BMW Oil Inclusive ke atas semua kenderaan BMW apabila program servis asal telah tamat. Ia turut terbuka kepada kenderaan BMW yang tidak lagi dilindungi oleh program servis yang aktif pada masa sekarang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program BMW Oil Inclusive membolehkan pelanggan untuk melanjutkan servis kenderaan dalam satu set tahun atau jumlah perbatuan melalui pilihan 5 tahun/60,000 km atau 5 tahun/100,000 km; mana-mana tiba dahulu.

Sebagai contoh, sebuah 3 Series yang didaftarkan pada tahun 2012 dengan perbatuan sejauh 70,000 km sudah habis tempoh servis dan jaminannya sekarang. Dengan membeli program tersebut untuk 5 tahun/100,000 km, pemilik boleh terus menikmati servis berjadual percuma untuk kereta mereka sehingga tahun 2022/170,000km, mana-mana tiba dahulu.

Tempoh / Perbatuan (tahun – km) 5 tahun / 60,000 km 5 tahun / 100,000 km
BMW 1 & BMW 2 Series RM 2,964 RM 3,417
BMW M2 RM 4,874 RM 5,477
BMW 3 & BMW 4 Series RM 3,115 RM 3,618
BMW M3 & BMW M4 RM 4,874 RM 5,477
BMW 5 Series RM 3,266 RM 3,768
BMW M5 RM 6,582 RM 7,436
BMW 6 & BMW 7 Series RM 3,869 RM 4,472
BMW M6 RM 6,582 RM 7,436
BMW X1 RM 3,015 RM 3,467
BMW X3 & BMW X4 RM 3,115 RM 3,618
BMW X5 & BMW X6 RM 3,567 RM 4,120
BMW X5M & BMW X6M RM 6,481 RM 7,336
BMW Z4 RM 3,065 RM 3,517
BMW I8 RM 3,015 RM 3,467

Program BMW Oil Inclusive melibatkan servis minyak enjin dan penyelenggaraan dan hanya menggunakan minyak dan alat ganti tulen BMW sahaja. Selain itu, program ini juga menambah nilai kenderaan BMW apabila pelanggan mahu menjual atau menukar kereta mereka di mana-mana pengedar sah BMW Premium Selection di seluruh negara sepanjang tempoh program tersebut.

Previous post

Siri TCR Asia 2017: Kusiri Menang Berganda di Shanghai

Next post

Boon Siew Honda Lancarkan CRF250L dan CRF250 Rally

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *