Berita Auto

Kereta Konsep Elektrik dari MINI

 Hampir 10 tahun lalu, MINI E – kereta elektrik sepenuhnya yang pertama dari jenama itu – diperkenalkan. Lebih 600 unit dijual sebagai sebahagian daripada ujian lapangan yang membawa kepada pembangunan BMW i3. Kini, jenama itu kembali dengan kereta konsep elektrik yang bakal memasuki siri produksi pada tahun 2019.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal diperkenalkan di Frankfurt Motor Show pada bulan ini, kereta yang dikenali sebagai MINI Electric Concept itu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan model MINI 3 Door sedia ada, namun dengan perincian yang unik seperti lambang ‘E’ pada bahagian sisi, jeriji dan cermin sisi, serta rim 19 inci yang dihasilkan menggunakan proses pencetakan 3D.

P90274833_highRes_mini-electric-concep

Untuk memberikan imej ‘ringan’ dan moden, kereta konsep ini didatangkan dalam warna Reflection Silver yang digabungkan dengan warna Striking Yellow yang digunakan pada bahagian bumbung, skirt sisi, cermin sisi dan jeriji.

P90274826_highRes_mini-electric-concep

MINI masih belum mendedahkan maklumat rangkaian kuasa yang akan digunakan oleh kereta konsep ini, namun laporan mencadangkan yang ia mungkin didatangkan dengan motor elektrik dan bateri yang sama dengan i3.

 

Previous post

Interior Volvo XC40 Akhirnya Menangani Banyak Masalah Kabin Kereta

Next post

Mercedes-AMG Project One - 1,000 HP, 350 Km/j

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *