Mercedes-AMG Project One – 1,000 HP, 350 Km/j
Dalam banyak-banyak kenderaan yang bakal dikeluarkan oleh Daimler, hanya Mercedes-AMG Project One sahaja yang mampu membuat peminat kereta di seluruh dunia terliur.
Bakal membuat penampilan pertamanya di Frankfurt Motor Show, Project One merupakan kereta sports hibrid berprestasi tinggi yang hanya mempunyai dua tempat duduk.
Ia menggunakan teknologi hibrid Formula 1 yang bukan sahaja cekap dan canggih, malah mampu menghasilkan lebih 1,000 hp yang membawa kepada kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.
Walaupun mempunyai prestasi seakan-akan jentera F1, Mercedes-AMG mengesahkan bahawa model ini sesuai digunakan sebagai kenderaan harian.
No Comment