Berita Auto

LaFerrari Aperta Unik Dilelong Untuk Tujuan Amal

Bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-70, Ferrari akan melelong satu unit LaFerrari Aperta yang unik untuk memberi sumbangan kepada organisasi Save the Children.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara lelongan tersebut akan berlangsung pada hari 9 September ini semasa jualan “Leggenda e Passione” yang dianjurkan bersama dengan RM Sotheby’s. Acara yang akan diadakan di trek Fiorano itu dijangka menjadi lelongan yang paling penting dalam sejarah.

03_one-of-a-kind LaFerrari Aperta_Savethechildren

Secara asasnya, LaFerrari Aperta merupakanLaFerrari versi tanpa bumbung. Ia mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti LaFerrari coupe iaitu enjin 6.2 V12 yang digabungkan dengan motor elektrik 120 kW, menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 949 hp.

04_one-of-a-kind LaFerrari Aperta_Savethechildren_

Unit khas yang akan dilelong ini didatangkan dalam warna Rosso Fuoco metalik dengan jalur berkembar dalam warna Bianco Italia metalik pada bahagian bonet dan belakang. Bahagian dalamannya dihiasi dengan bahan Alcantara berwarna hitam dengan kemasan kulit dan jahitan berwarna merah, serta gentian karbon.

02_one-of-a-kind LaFerrari Aperta_Savethechildren

Semua hasil lelongan akan disalurkan kepada Save the Children untuk sebuah program antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pendidikan.

Previous post

Goodyear Guna Getah Berasaskan Minyak Kacang Soya

Next post

Toyota Camry dan Corolla Altis Versi Ditambah Baik Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *