Ford Ranger XL Standard trak pikap mampu milik
Ford dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan ketibaan model terbaru Ranger yang dikenali sebagai Range XL Standard.
Dijual pada harga RM83,588 di Semenanjung Malaysia dan RM89,388 di Sabah dan Sarawark, Ranger XL Standard dikatakan sebagai salah satu trak pikap paling mampu milik dalam pasaran negara ini. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Cool White (putih) dan Meteor Grey (kelabu).
Dengan keupayaan untuk mengharung air sedalam 800 mm serta ruang lega tanah sebesar 230 mm, Ranger XL Standard boleh digunakan sama ada untuk kerja atau rekreasi, atau kedua-duanya sekali.
Trak pikap itu dikuasakan oleh enjin diesel 2.2-liter TDCi yang menghamburkan 125 PS dan 320 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan 4X4 Shift on the Fly (ESOF) untuk memberikan kawalan tanpa mengira bentuk permukaan bumi.
Ranger XL Standard dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk sel keselamatan yang diperkukuhkan, dua beg udara hadapan, serta penahan kepala dan tali pinggang keledar tiga titik di kesemua tempat duduk.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan ABS, EBD, sensor undur, keyless entry, serta pemijak sisi.
No Comment