Nissan hasilkan 150 juta unit kenderaan
Nissan telah mencatat satu pencapaian penting dalam sejarahnya dengan 150 juta unit kenderaan yang dihasilkan di peringkat global setakat ini.
Diasaskan pada tahun 1933, Nissan mengambil masa selama 73 tahun untuk mencapai angka 100 juta pertama dengan 76.5% daripadanya dihasilkan di Jepun.
50 juta yang selebihnya dihasilkan dalam masa hanya 11 tahun iaitu dari 2006 hingga 2017. Berbeza dengan situasi pertama, 76.5% daripada kenderaan ini dihasilkan di luar Negara Matahari Terbit itu – kebanyakannya di Amerika Syarikat dan China.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya Jepun masih menjadi negara pengeluar utama bagi Nissan dengan perkongsian sebanyak 58.9%, diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 10.8%, China dan Mexico dengan 7.9%, United Kingdom dengan 6.2%, Sepanyol 2.4% dan lain-lain dengan 5.8%.
No Comment