Naza Italia buka bilik pameran Ferrari di Platinum Park, KL
Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, hari ini melancarkan bilik pameran kedua jenama itu yang terletak di Platinum Park, Kuala Lumpur.
Sejumlah RM2.8 juta telah dilaburkan dalam pembangunan bilik pameran berukuran 3,115 kaki persegi itu. Terletak di aras bawah Tower 1, Platinum Park, bilik pameran itu mempunyai tiga ruang pameran kereta, ruang menunggu yang mewah serta bilik konfigurasi.
Naza Italia telah beroperasi di Petaling Jaya sejak sembilan tahun lalu. Namun dengan pertumbuhan perniagaan yang ketara, syarikat itu menyedari potensi untuk memperluaskan jangkauan Ferrari dengan bilik pameran tambahan di pusat bandar.
Syarikat itu juga telah mengubahsuai pusat servis Ferrari yang terletak di belakang bilik pameran Naza Italia di Petaling Jaya. Fasiliti itu dipertingkatkan mengikut garis panduan terbaru dari Ferrari dengan pelaburan sebanyak RM5 juta.
No Comment