Berita Auto

Toyota di Tokyo Motor Show 2017

Acara Tokyo Motor Show 2017 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini bakal menyaksikan pengenalan dua kereta konsep dan satu kereta baharu daripada Toyota.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

GR HV Sports Concept

20171006_01_03_2

Kereta sport seakan-akan GT86 ini dibangunkan dengan inspirasi daripada jentera lumba hibrid TS050 milik Toyota Gazoo Racing yang bertanding di kejohanan World Endurance Championship (WEC). Ia mempunyai lampu LED, roda aluminium dan diffuser belakang yang hampir sama dengan jentera tersebut.

20171006_01_09

Ia juga menampilkan bumbung targa yang pernah digunakan pada model Sports 800 (dikenali sebagai Yotahachi) dan juga Supra. Sama seperti TS050, kereta konsep ini menggunakan sistem THS-R (Toyota Hybrid System-Racing) dan pacuan roda belakang. Bateri diletakkan di bahagian tengah kenderaan untuk pengendalian yang seimbang.

20171006_01_02

Sistem tersebut dipadankan dengan transmisi automatik yang boleh digunakan menerusi butang-butang di bahagian konsol tengah. Bagaimanapun, mereka yang ingin memandu secara manual boleh menggunakan tombol gear yang lengkap dengan butang penghidup enjin.

Tj Cruiser Concept

20171006_02_01_s_2

Menurut Toyota, jentera berbentuk petak ini terhasil dari gabungan SUV dan van kargo. “T” merujuk kepada “toolbox” atau kotak peralatan, manakala “j” pula adalah singkatan kepada perkataan “joy” yang membawa maksud keseronokan.

20171006_02_11_s

Dibangunkan khas untuk mereka yang gemarkan aktiviti riadah, Tj Cruiser Concept menampilkan salutan khas yang dapat menghalang calar dan kotoran pada bahagian hud, bumbung dan dapra. Selain itu, suspensi khas dan tayar yang besar membolehkan ia dibawa keman-mana sahaja.

20171006_02_06_s

Di bahagian dalam, tempat duduk penumpang boleh dilipat sepenuhnya untuk memuatkan barang-barang yang panjang dan besar seperti papan luncur sepanjang tiga meter dan basikal.

20171006_02_08_s

Kenderaan ini menggunakan platform TNGA dan rangkaian kuasa hibrid dengan enjin 2.0 liter. Ia juga menampilkan dua jenis pacuan iaitu roda hadapan dan 4×4.

Century

20171005_02_01_s

Century merupakan kereta saloon empat pintu yang dihasilkan khas untuk pasaran Jepun. Model generasi ketiga ini menggunakan enjin 5.0-liter V8 hibrid, menggantikan enjin V12 yang terpadat pada model sedia ada.

20171005_02_10_s

Dengan ukuran panjang 5,335 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,505 mm, Century baharu ini adalah 65 mm lebih panjang, 40 mm lebih lebar dan 30 mm lebih tinggi berbanding model yang akan digantikannya. Jarak roda juga berkembang dari 3,025 mm ke 3,090 mm untuk menghasilkan ruang kabin yang lebih luas.

20171005_02_02_s

Keselesaan penumpang diutamakan dengan ciri-ciri seperti fungsi mengurut pada tempat duduk, tempat perehat kaki, skrin yang luas, tirai serta kawalan sesentuh bagi sistem audio, pendingin hawa dan pemanas.

Previous post

BMW Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi acara CIMB Classic 2017 untuk Lapan Tahun Berturut-turut

Next post

Kempen 'Big Deal' Renault Fluence Kini Kembali Dengan Nilai Hebat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *