Berita Auto

Enjin Diesel BMW Diberi Twin-Turbo

BMW tidak akan mengabaikan kuasa diesel sama sekali dan sebaliknya mereka telah pun  mendedahkan rancangan untuk memberikan enjin diesel empat silinder 2.0 tambahan turbocharger. Ya, enjin diesel turbo berkembar. Enjin ini telah dikenalpasti sebagai B47TU1.

Walau dalam kebanyakan kes, turbocharger kedua bermaksud kuasa yang lebih besar, tetapi kes ini agak berbeza untuk versi 18d dan 20d. Kedua-dua unit terus menghasilkan kuasa yang sama, 150 hp atau 190 hp, tetapi kini lebih cekap daripada sebelumnya dan kurang menggunakan bahan api. Kedua-duanya memenuhi standard emisi Euro 6c dan bersedia untuk kitaran ujian WLTP dan RDE yang baru.

Dengan turbocharger kedua, enjin akan berasa lebih kuat dan lebih responsif daripada sebelumnya. BMW menggunakan dua turbo yang agak berbeza dalam susun atur ini.

Kesan positif dari semakan ini adalah bunyi enjin yang lebih senyap. Bergantung kepada beban enjin dan keadaan memandu, enjin kini akan menjadi “beberapa desibel” lebih senyap berbanding sebelum ini.

Versi paling berkuasa dari diesel empat silinder BMW, varian 231hp 25d, sudah menggunakan dua turbocharger dan kemungkinan akan menerima peningkatan mekanikal yang serupa tidak lama lagi, menjadikannya lebih efisien dan meningkatkan prestasi mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

BELL & ROSS “Search for Extreme” Dilancar

Next post

Evolusi Kereta-Kereta Ikonik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *