Vios Challenge Mendebarkan Dari Mula Hingga Ke Akhir
Kejutan hari pertama Vios Challenge berterusan hingga ke hari kedua.
Kesemua kelas perlumbaan merangsang dan menguja para pemandu dan penuntun pada hari kedua Festival Perlumbaan Gazoo Racing ini.
Pada perlumbaan Super Sporting, Mark Darwin telah cuba mempertahankan kedudukan pertamanya dengan menghalang Tengku Djan dari memotong tetapi mereka terlanggar dan Darwin merempuh dinding dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Tengku Djan terpaksa berlumba sehingga ke pusingan keempat dengan mengheret bumpernya sebelum pit untuk mencabut halangan itu. Ser Ming Hui mengambil kesempatan ini untuk menang. Syafiq Ali nombor dua dan tempat ketiga Boy Wong.
Pada perlumbaan Promotional Class, Shawn Lee yang dijangka menang terbabas pada pusingan pertama membuka peluang kepada semua pemandu lain. Tempat pertama Shukri Yahaya, Danny Koo tempat kedua dan Diana Danielle tempat ketiga. Ini podium pertama Diana dan juga podium pertama untuk wanita dalam siri Vios Challenge ini.
Pada perlumbaan Kategori Sporting, Brendan Paul adalah favourite tetapi hilang tempat pertamanya kepada Brandon Lim and Patrick Tam di selekoh pertama.
Patrick terus menekan Lim dan pada Lap 4 dia memotongnya.
Perlumbaan yang paling mendebarkan ialah perlumbaan kedua Super Sporting Class. Walaupun lambat bermula kerana hujan lebat namun para penuntun tetap menanti untuk menyaksikan pertarungan ini. Tengku Djan dibaris pertama dengan Mitchell Cheah. Kerana trek basah 3 lap pertama adalah dengan safety car. Mitchell berjaya menahan serangan Djan. William Ho dari tempat ke 7 berjaya membawa diri ke belakang Djan dan Mitchell. Djan mengalami kebocoran tayar dan terpaksa bersara. William juga bocor dan dikenakan penalti 15 saat. Walaubagaimana pun dia berjaya habis perlumbaan di tempat ketiga.
Pusingan seterusnya Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival ialah pada 19 dan 20 Januari 2018 di Johor Bahru. Layari homepage / facebook / instagram Toyota Gazoo Racing Malaysia untuk maklumat terkini.
No Comment