Nissan kembangkan sub-jenama Autech di Jepun
Nissan telah mengambil keputusan untuk memperkembangkan barisan sub-jenamanya yang dikenali sebagai Autech bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kenderaan sporty dan selesa pada masa yang sama.
Seperti NISMO, jenama Autech akan diperkenalkan untuk pasaran Jepun berdasarkan barisan model sedia ada Nissan, bermula dengan Serena Autech baharu.
Bagaimanapun, berbeza dengan NISMO yang memfokuskan kepada prestasi menerusi penglibatan Nissan dalam sukan permotoran, Autech menekankan aspek pertukangan premium dengan bahan berkualiti tinggi dan perhatian kepada perincian.
Jika sebelum ini produk talaan Autech dipasarkan di bawah nama gred Axis, Rider, Bolero dan Mode Premier, kini semua gred tersebut akan digabungkan di bawah jenama Autech.
Baru-baru ini, Nissan turut memperkembangkan barisan model NISMO dengan memasukkan Juke, Note, March dan Serena, di samping 370Z dan GT-R.
No Comment