Perodua Eco Challenge Seterusnya Dua Tahun Sekali
Grand Finale Perodua Eco Challenge (PEC) baru saja diadakan pada 29 Novenber 2017 yang lalu. 10 pasukan berentap di peringkat akhir ini dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah muncul juara keseluruhan pertandingan PEC 2017 dengan prototaip ‘Techno-Seat’ mereka.
Dalam ucapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid, beliau telah mengumumkan bahawa mulai dari sekarang, PEC akan diadakan hanya dua tahun sekali. Dengan itu, PEC seterusnya ialah pada tahun 2019.
Tetamu kehormat majlis ialah YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Ismail Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) and Kolej Pendidikan Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Menurut YBhg, setiap tahun seramai 170,000 penuntut keluar dari universiti, menjadi graduan dan kereta pilihan utama mereka ialah kereta Perodua.
No Comment