Bilik pameran Mercedes-Benz NZ Wheels Johor Bahru kini dengan AMG Performance Centre
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan NZ Wheels telah melancarkan bilik pameran Autohaus JB yang dinaik taraf, kini lengkap dengan AMG Performance Centre yang pertama di selatan tanahair.
Berkeluasan 18,692.4 kaki persegi, Autohaus ini mampu menempatkan 11 buah kenderaan di dalam bilik pamerannya dan diuruskan oleh 32 kakitangan dari bahagian jualan, teknikal dan alat ganti. Sebagai pusat 3S, ia mempunyai 12 ruang servis dengan kapasiti sehingga 500 kenderaan sebulan.
Dengan kos berjumlah RM6 juta, pusat ini menepati piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dengan identiti korporat terkini. Mercedes-Benz NZ Wheels JB merupakan salah satu daripada enam kumpulan pengedar yang beroperasi di bahagian selatan Malaysia.
Autohaus JB turut menawarkan Service Differentiation yang menyediakan perkhidmatan seperti mengambil dan memulangkan kereta pelanggan dan servis ‘fast lane’. Sementara menunggu kenderaan siap diservis, pelanggan boleh menikmati ruang rehat peribadi Star Lounge. Selain itu, perkhidmatan kewangan dan aksesori turut ditawarkan untuk kemudahan pelanggan.
No Comment