Wards umum 10 enjin terbaik 2018
Senarai pemenang Anugerah 10 Enjin Terbaik Wards telah dikeluarkan bagi tahun 2018 dan antara keputusan yang mengejutkan adalah ketiadaan pengeluar-pengeluar dari Jerman.
Bukan itu sahaja, anugerah kali ini juga menyaksikan kemenangan pertama bagi Jaguar dan Kia. Ford dan Honda juga cemerlang apabila masing-masing membawa pulang dua kemenangan.
Berikut adalah 10 enjin terbaik bagi 2018 menurut Wards:
- 150-kW Electric Propulsion System (Chevrolet Bolt EV)
- 3.6L Pentastar DOHC V-6/PHEV (Chrysler Pacifica Hybrid)
- 2.7L Twin Turbo DOHC V-6 (Ford F-150)
- 5.0L DOHC V-8 (Ford Mustang GT)
- 130-kW Fuel Cell/Electric Propulsion System (Honda Clarity)
- 2.0L VTEC Turbocharged DOHC 4-Cyl. (Honda Civic Type R)
- 3.0L Turbocharged DOHC V-6 (Infiniti Q50)
- 2.0L Turbocharged DOHC 4-Cyl. (Jaguar XF)
- 3.3L Turbocharged DOHC V-6 (Kia Stinger)
- 2.5L Atkinson DOHC 4-Cyl./HEV (Toyota Camry Hybrid)
Untuk memilih pemenang, para editor Wards menghabiskan bulan Oktober dan November dengan menilai 32 enjin dan sistem pacuan elektrik secara rutin di jalanraya Detroit, Amerika Syarikat.
No Comment