Trak Elektrik Thor Akan Memulakan Penghantarannya Pada Tahun 2019
Trak baharu Thor dipanggil ET-One, dan menjanjikan jarak perjalanan sehingga 300 batu sambil mengangkut kargo seberat 80,000 pound. Ini bermakna sasaran pasaran mereka sama dengan Elon Musk, yang mengumumkan trak Tesla bulan lalu.
Harga ET-One akan mencecah USD150,000 untuk versi jarak perjalanan 100 batu dan USD250,000 untuk versi 300 batu, yang mempunyai kelajuan tertinggi 70 mph. Sebagai perbandingan, harga trak Tesla dijangkakan bermula dari USD150,000 untuk jarak 300,000 batu, dan USD180,000 untuk versi jarak jauh 500 batu, dengan kedua-duanya ditawarkan. Jadi, Teslalah yang akan untung besar dari mula.
Seperti Tesla, Thor Trucks membawa pendekatan reka bentuk ke hadapan, ke dunia rig tugas berat yang pasti unglamorous, dengan panel hadapan berlogam melengkung , luas dan meluncur ke gril, yang menampilkan logo syarikat yang berinspirasikan tukul Thor.
Thor mempunyai hanya 18 pekerja, menurut Trucks.com, jadi mereka belum sedia untuk pengeluaran massa, tetapi ia merancang untuk menggunakan pembekal bahagian trak yang sedia ada.
No Comment