Nissan LEAF laku di Eropah
Kenderaan elektrik nampaknya semakin diterima oleh pelanggan, setidak-tidaknya di Eropah, di mana Nissan LEAF baharu telah menerima 10,000 tempahan dalam tempoh dua bulan selepas pelancarannya. Angka itu dijangka akan terus melonjak sebaik sahaja model itu tiba ke bilik-bilik pameran bermula Februari 2018.
Menurut Nissan, keadaan ini amat berbeza berbanding pada tahun 2010 di mana syarikat itu hanya menerima beberapa ratus tempahan untuk LEAF generasi pertama. Pasaran pada masa itu dilihat belum bersedia untuk menerima teknologi baru yang belum terbukti kemampuannya.
Model terkini menjanjikan pengalaman pemanduan elektrik yang lebih mengujakan dengan motor elektrik yang lebih berkuasa dan pelbagai teknologi canggih seperti ProPilot dan e-Pedal.
LEAF generasi kedua boleh dipandu sejauh 378 km dengan sekali cas dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 8.2 saat, 3.2 saat lebih pantas daripada model terdahulu. Pengecasan sehingga 80% hanya mengambil masa 40 minit menerusi sistem pengecas pantas 50 kW.
No Comment