Nissan akan pamer 15 buah kenderaan di Tokyo Auto Salon 2018
Nissan akan membawa 15 model menarik yang dilengkapi dengan komponen kustom dan ‘aftermarket’ terbaru ke acara Tokyo Auto Salon 2018 pada Januari nanti.
Antara model yang bakal menjadi tumpuan orang ramai adalah tiga kenderaan konsep Grand Touring iaitu LEAF, NV350 dan X-Trail, Fairlady Z Heritage Edition dan barisan kenderaan berprestasi tinggi NISMO.
Selain itu, turut akan membuat kemunculan adalah jentera lumba Motul Autech GT-R yang pernah memenangi kejohanan GT500 pada tahun 2014 dan 2015.
Berikut adalah senarai penuh kenderaan Nissan yang akan dipamerkan nanti:
– LEAF Grand Touring Concept
– NV350 Caravan Grand Touring Concept
– X-Trail Grand Touring Concept
– Fairlady Z Heritage Edition
– Elgrand Special Edition
– Note e-POWER C-Gear
– Serena e-POWER AUTECH Concept
– Note e-POWER AUTECH Concept
– X-Trail AUTECH Concept
– Serena NISMO
– LEAF NISMO
– Note e-POWER NISMO (dengan alat ganti sports NISMO)
– GT-R NISMO
– X-Trail (NISMO Performance Package)
– MOTUL AUTECH GT-R
No Comment