Jaguar I-Pace Akan Didedahkan 1 Mac Ini
Muncul buat pertama kali dalam versi konsep di pertunjukan Los Angeles Auto Show 2016, Jaguar I-Pace kini semakin menghampiri fasa pengeluaran.
Kenderaan elektrik pertama jenama itu bakal didedahkan secara atas talian pada 1 Mac ini sebelum tampil di Geneva Motor Show 2018 pada 6 Mac.
Menurut jenama itu, I-Pace mempunyai ciri ‘fast charging’ di mana baterinya boleh dicas dari 0 hingga 80% dalam masa 45 minit menerusi pengecas DC berkapasiti 100 kW.
Ketahanan SUV itu dan sistem pacuan empat rodanya juga telah diuji di fasiliti Jaguar Land Rover yang terletak di Arjeplog, Sweden, di mana suhu jatuh serendah -40 darjah Celsius.
No Comment