Lotus Keluarkan Elise S Cup Baharu
Lotus adalah salah satu jenama kereta sport yang paling tegar yang masih mampu mengeluarkan jumlah unit yang mampan dalam setahun untuk mengelakkan mereka daripada menjadi terma berskala kecil atau jumlah rendah. Mereka berjaya memperuntukkan citarasa kereta sport buatan British dalam rangkuman yang memberikan anda elemen yang Caterham, KTM, BAC dan pelbagai pengeluar lain cuba elekkan dalam menghasilkan model yang ringan.
Walaupun kereta mereka pesaing kuat dalam kelasnya, tetapi model Lotus masih mempunyai kelebihan dari segi kehebatan tindakbalas dan citarasa. Kereta mereka lebih tangkas tanpa menjadi tidak terkawal. Model Elise S Cup baharu adalah model terkini dalam rangkaian mereka, dan menjadi sebahagian dari pembangunan kereta lumba Elise Cup R dengan versi atas jalan.
Cup adalah perkataan popular di antara pengeluar kereta sport sebagai tanda varian yang mempunyai edgy tambahan dan selalunya direka untuk pengunaan di litar. Sementara sejumlah besar pemilik Lotus membawa kereta mereka ke litar, masih ada beberapa perkara yang membezakan kereta di litar dan kereta di jalan.
Sebagai perbandingan dengan model vanilla Elise, Elise S Cup menerima pakej aero pembangunan yang lebih baik untuk tambahan kuasa. Ini saja sudah cukup untuk mendapatkan masa pusingan sebanyak 3 saat pada pusingan di litar ujian Lotus’ Hethel. Splitter depan, wing belakang dan diffuser belakang berkerjasama untuk menguasakan Elise S Cup yang ringan di litar.
Pengubahsuaian asas lain termasuk roll bar T45 untuk perlindungan tambahan roll-over, serta sistem elektrik yang diubahsuai untuk memudahkan kedudukan menutup suis enjinh dan pemadam api – semua ini membantu Elise S Cup mencapai pengesahan dari FIA dengan cepat.
No Comment