Berita Auto

MINI One First 5-Pintu Dilancarkan

Dalam usaha untuk mempelbagaikan rangkaian model mereka dan memenuhi kemasukan tahap pemasaran, MINI telah melancarkan varian One First bagi model MINI 5-pintu hatchback. One First ini terletak dibawah satu skim besar yang menjadi lebih dari hanya ‘tahap kemasukan’ dari sebelumnya.

Sepertimana dengan wakil model generasi terbaru yang lain, MINI One First 5-pintu ini dikuasakan oleh enjin yang dicipta sepenuhnya baharu yang mempamerkan teknologi termaju MINI Twin Turbo.  Ianya adalah gabungan enjin 1.2 3-silinder spark ignition dan turbocharging dengan petrol suntikan langsung dan pembolehubah camshaft terkawal pada intake dan sisi ekzos (double VANOS).  Ianya menghasilkan puncak output pada 55kW/75hp dan tork maksimum 150 Newton meter yang menyala aliran pada 1,400 rpm, membuat pecutan MINI One First 5-pintu baharu ini dari kosong kepada 100km/sejam dalam 13.4 saat.

Kuasa transmisi ke roda depan dijana oleh transmisi 6-kelajuan yang baru dibangunkan di mana ianya menawarkan kecekapan yang optimum, mengurangkan berat dan keselesaan pengalihan yang bertahap tinggi.  Ini ditambah lagi dengan gear sensor yang membolehkan terutamanya pengalihan yang seimbang dan dinamik.  Kecekapan tinggi teknologi pemanduan baharu ini dapat dilihat dalam penggunaan bahan api yang sederhana iaitu 5.2 liter per 100 kilometer.  Tahap emisi CO2 untuk MINI One First 5-pintu ini adalah 121 gram per kilometre (angka ujian kitaran EU, mengikut format tayar yang dipilih)

Model asas baharu ini yang dilancarkan di pasaran mengembangkan portfolio enjin MINI 5-pintu (kombinasi penggunaan bahan api: 5.9-3.5/100km, kombinasi emisi CO2: 136-92 g/km) kepada empat petrol dan 3 diesel enjin, merangkumi rangkaian output sebanyak 55 kW/75hp kepada 141 kW/192hp.  Tanda ketangkasan jenama, gaya dan kualiti halus generasi terkini MINI digabungkan dengan fungsi dan keselesaan tambahan dalam semua model, yang menghasilkan bukan saja pintu tambahan tetapi juga jarak roda yang ditambah kepada 72 milimeter berbanding dengan MINI 3–pintu baharu.

Ia adalah satu konsep yang sedikit aneh kerana di sini sedangkan MINI One juga dianggap sebagai produk premium walaupun menepati bajet.   Di negara-negara lain bagaimanapun melihat MINI sebagai pilihan starter – car-popular di kalangan pemandu muda , tanpa memerlukan pembiayaan yang terlampau.

MINI-5-door-2

Previous post

Hyundai Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggannya yang Terjejas Akibat Banjir

Next post

Perodua Tawar Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Sarawak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *