Edisi Khas McLaren 650S Le Mans DiLancarkan
McLaren baru saja melancarkan versi terbaru dari model popular 650S iaitu 650S Le Mans edisi khas yang akan dijual terhad iaitu sebanyak 50 unit saja di seluruh dunia. Kereta baharu terhebat buatan British ini telah dibangunkan sempena sambutan ulangtahun ke-20 kejayaan F1 GTR di 24 Hours of Le Mans. Pada tahun 1995 di 24 Hours of Le Mans, McLaren membawa pulang bendera checkered dan menambah kejayaan yang bersejarah di kedudukan tempat ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-13. Kini, 20 tahun kemudian, McLaren dan unit Operasi Khas melihat semula ke belakang dan memberi penghormatan kepada acara itu dengan edisi khas 650S.
Reka Luaran
Dari segi luaran, Edisi Khas McLaren 650S Le Mans Baharu didatangkan dengan bumbung udara bersauk yang mengalirkan udara ke enjin V8 dan juga menampilkan rupa yang hebat. Sebagai tambahan, pembikin kereta British ini telah mengubahsuai spoiler, menambah roda baru edisi Le Mans dan McLaren Orange calipers.
Reka Dalaman
Bagi reka dalaman, Edisi Khas McLaren 650S Le Mans Baharu dihiasi dengan kulit berwarna hitam dan orange Alcantara dengan logo timbul Le Mans pada tempat rehat kepala.
Enjin
Enjin sama dengan enjin V8 3.8liter twin-turbo pada kadar 650 kuasa kuda dan puncak tork sebanyak 678 Nm. Hasilnya, kereta mampu memecut dari tidak bergerak hingga 100km/sejam pada hanya 3 saat, manakala kelajuan tertinggi sangat cemerlang iaitu 333km/sejam.
Harga hanya £244,500 sebelum duti import, duti eksais dan cukai jualan.
No Comment