Nissan X-Trail Dilancarkan
Nissan X-Trail baharu telah dilancarkan hari ini, merupakan generasi ketiga dalam barisan Nissan SUV. Boleh didapati dalam pilihan 2.0 2WD atau 2.5 4WD.
X-Trail ini juga dibina sebagai jenis kereta 5+2 7-tempat duduk, dengan 2 tempat duduk tambahan pada bahagian but yang boleh diturunkan untuk menambahkan ruang muatan.
Vrian 2.0 ini dikuasakan oleh MR20DD, dengan suntikan secara langsung sport dan telah ada dalam pengeluaran sejak 2010. Ianya menghasilkan 144PS pada 6000rpm, tork 200 Nm dari 4400 rpm. Varian 2.5 dikuasakan oleh QR25DE-k2, yang menggunakan motor model lama sejak tahun 2007. Kuasa dan tork berada pada 171 PS dan 233 Nm, yang lebih sempurna dari unit 2.0 liter. Transmisi CVT, dilengkapi dengan 7-kelajuan manual override. Perbezaan antara keduanya adalah varian 2.0 kekal pada pemanduan roda depan, manakala varian 2.5 memberikan kuasa pada keempat roda.
Kawalan Pemanduan Aktif Nissan, Brek Enjin Aktif, dan Kawalan Kesan Aktif datang sebagai bahan standard bagi model ini. Kedua-dua model ini mempunyai keyless entry, push start dan dual-zone climate control.
Satu sistem baharu adalah Nissan Around View Monitor.
Harga bagi X-Trail baharu ini bermula dari RM142,800 untuk model 2.0 dan RM165,800 untuk model 2.5, dengan tambahan RM3,800 sekiranya anda memilih navigasi GPS proprietari Tan Chong dan sistem hiburan (TCAT)
No Comment