UMW Perkenalkan Pelincir Grantt Yang Diperbaharui
UMW Grantt International Sdn Bhd. (UMWG), anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, memperkenalkan rangkaian Pelincir GRANTT yang diperbaharui sepenuhnya di ibu pejabatnya disini. GRANTT adalah jenama sendiri dan dihasilkan sepenuhnya di UMW ISO 9001:2008-Kilang sah mereka di Shah Alam.
Senarai rangkaian pelincir ini termasuk Minyak Motor Kereta Penumpang (PCMO), Minyak Motorsikal (MCO), Minyak Enjin Diesel (DEO), Cecair Transmisi Auto (ATF) dan Minyak Industrial. GRANTT diformulakan dari minyak asas yang berkualiti premium dengan rumusan milik sendiri untuk memberikan kecermerlangan enjin bersih untuk penggunaan bahan api yang sangat efisyen, dilindungi dan berprestasi tinggi. Rangkaian “GRANTT PCMO (Minyak Motor Kereta Penumpang) Stellar telah diuji untuk memenuhi keperluan American Petroleum Institute’s API-SN, dan juga standard ketat dari European Automobile Manufacturers Association ACEA A3/B4. Stellar adalah rangkaian PCMO GRANTT, manakala rangkaian MCO dan DEO dipanggil Quadra dan Quasar.
Matlamat UMWG adalah untuk beroperasi di seluruh negara dan merancang untuk memberi tumpuan kukuh kepada pasaran eksport yang merangkumi rantau ASEAN.
No Comment