Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mercedes-Benz Malaysia Memperkenalkan Jenama EQ Berikutan Kejayaan S1 2018

Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan jenama EQ untuk pasaran tempatan, usaha yang membawa langkah-langkah awal untuk arah baru yang menarik ini dalam bentuk penukaran penjawatan C 350 e dan E 350 e sebagai produk EQ Power.

EQ Power akan membuka jalan untuk EQ, sebuah nama yang dikhaskan semata-mata untuk pelbagai kenderaan elektrik tulen yang telah dipratonton secara meluas oleh kereta konsep Generasi EQ yang diperkenalkan di Paris Motor Show pada tahun 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikutan kejayaan pelancaran stesen pengisian jenama Mercedes-Benz yang pertama di Pusat Beli Belah Bangsar, MBM mengesahkan komitmennya terhadap inisiatif EEV di Malaysia dengan stesen pengisian baru di Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur dan Desa Park City. Lokasi-lokasi lain akan diumumkan pada masa akan datang. Sama seperti strategi penamaan semula untuk C 350 e dan E 350 e plug-in hybrids, semua stesen pengecasan semasa dan akan datang dijenamakan semula sebagai kemudahan EQ.

 

Previous post

Mercedes Akan Lancar EQ Untuk Menandingi Model S Tesla

Next post

Laurence Noël Dilantik Sebagai COE Kilang Naza Automotive Manufacturing

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *