Renault Kadjar SUV Akan Dilancarkan di Geneva
Model Kadjar terbaru dari Renault dijangka akan menjadi model SUV kompak Eropah paling laris dalam segmennya. Renault menjangkakan penjualan 118,000 buah unit Kadjar pada tahun 2016, untuk penjualan dalam setahun yang pertama. Ini akan menaikkannya dikedudukkan ke-3 dalam segmen, di belakang rakan kongsi mereka Nissan Qashqai (X-Trail untuk Asia) dan Volkswagen Tiguan.
Renault mendedahkan nama kereta pada Isnin tetapi tidak mendedahkan maklumat teknikal dan foto model baharu tersebut sehingga majlis sidang akhbar pada bulan Februari ini. SUV akan dilancarkan buat pertama kali kepada awam di Auto Show Geneva pada bulan Mac.
“Nama ‘Kadjar’ diambil dari Kad dan Jar,” kata kenyataan hari ini. “ Kad diinspirasikan oleh ‘quad’ – mewakili kenderaan pacuan 4 roda untuk kemana saja, manakala Jar dari nama Perancis ‘agile’ dan ‘jaillir,” mewakili ketangkasan dan kemunculan tiba-tiba dari suatu tempat.
‘Bunyi dan ejaan nama tersebut mempunyai citarasa esotik yang mencadangkan pengembaraan dan menemui ufuk baru. Perkataan awal ‘K’ menunjukkan keteguhan model dan sesuai dengan model Renault yang sedia ada B-segment crossover iaitu Captur.
Model Kadjar ini akan berkongsi asas dengan Qashqai, yang akan berterusan mendominasi dalam segmennya. Tahun lepas Qashqai yang kini dalam generasi keduanya, melangkaui penjualan Tiguan sebanyak 203,549 kepada 150,300 di Eropah. Kia Sportage menduduki tempat tiga teratas dengan jualan 96.333 unit.
Kemasukkan Renault dalam segmennya, model Koleos, amat mendukacitakan. Dalam tahun 2014, kereta itu dijual di Eropah sejumlah 7,423, penurunan tahun ke setahun sebanyak 12% yang menurunkan SUV itu ketangga ke 18 dalam ranking segmennya. Kepayahan yang dihadapi Model Koleos sangat berbeza dengan kejayaan Renault dalam segmen SUV subkompak, di mana Captur adalah paling laris penjualannya.
No Comment