Bentley Continental GT3 Baharu Dalam Persiapan Untuk Debut di Monza Race
Continental GT3 yang baharu dan generasi kedua Bentley akan membuat debut kompetitifnya di Monza di Itali hujung minggu ini (20-22 April) apabila Bentley Team M-Sport memulakan pertahanan gelaran Blancpain GT Series Endurance Cup Teams.
Susulan jadual ujian yang menyeluruh , dua Continental GT3 baharu untuk 2018 akan berbaris di litar grand prix bersejarah di utara Milan untuk yang pertama dari lima pusingan Eropah musim ini.
Aktiviti hujung minggu Bentley Motorsport bermula pada hari ini, 19 April dengan acara media dan tetamu VIP di penjual Bentley di Milan. Esuk adalah untuk ujian ‘gangsa’ yang dikhaskan untuk peminat amatur sebelum hari Sabtu dan sesi pra-kelayakan. Kelayakan dan perlumbaan itu sendiri adalah pada hari Ahad.
Liputan langsung kedua-dua kelayakan dan perlumbaan akan disiarkan secara langsung di laman web dan laman Facebook Blancpain GT Series, serta di peti TV seluruh Eropah.
Selain daripada lima pusingan Blancpain GT Series Endurance Cup di Eropah, Bentley Team M-Sport juga akan mempromosikan Continental GT3 baharu dalam acara Intercontinental GT Challenge tahun ini di Spa-Francorchamps, Suzuka dan Laguna Seca.
No Comment