GST: UMW Toyota Motor Umum Perubahan Harga Bagi Toyota dan Lexus
Kerajaan Malaysia yang baru dilantik baru-baru ini mengumumkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan ditetapkan pada sifar peratus berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018.
Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa sebarang pelepasan dan manfaat daripada struktur cukai baru akan diserahkan sepenuhnya kepada para pelanggan dan sebarang semakan harga akan dipertimbangkan untuk kepentingan terbaik pelanggan.
Maklumat lanjut mengenai harga terkini kenderaan Toyota dan Lexus boleh didapati melalui Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682), Lexus Freephone di 1800-88-LEXUS (53987) atau dengan melawat mana-mana pengedar sah Toyota dan Lexus.
No Comment