Harga RON95, RON97, Diesel Turun Lagi Mulai 1 Feb 2015
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Feb 2015.
“Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang,” kata menteri itu dalam satu kenyataan di ibu negara, Sabtu malam.
Hasan berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
“Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini,” katanya.
–BERNAMA
No Comment