Nissan Hasilkan Leaf Tanpa Bumbung
Setiap pengeluar kenderaan mempunyai cara tersendiri untuk meraikan pencapaian masing-masing. Sebagai contoh, Nissan meraikan jualan 100,000 unit kereta elektrik Leaf di Jepun sejak pelancarannya pada tahun 2010 dengan memperkenalkan sebuah Leaf versi ‘open air’.
Kereta tersebut dipertunjukkan di sebuah forum di Tokyo, di mana seramai 100 tetamu termasuk pegawai kerajaan dan eksekutif syarikat berkumpul untuk membincangkan tentang “pembentukan masyarakat sifar-emisi”.
Nissan tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai Leaf tanpa bumbung ini, namun mengesahkan bahawa ia tidak merancang untuk mengeluarkannya sebagai model produksi.
Leaf generasi kedua diperkenalkan buat pertama kali pada Oktober 2017, menampilkan jarak pemanduan yang lebih jauh dan rangkaian teknologi Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi e-Pedal, ProPilot dan ProPilot Park.
No Comment