Kajian Uji Pandu Audi A3 1.8 TFSI Sedan
Perkara pertama yang anda akan lihat adalah rekabentuk menarik yang mengikut rangkaian model Audi. Kami mencari kesemua ciri-ciri yang meraih markah tinggi pada model sedan ini yang telah berjaya mengalahkan banyak saingannya untuk menjadi kereta global tahunan.
Dashboard dipinjam dari rekaan TT, juga ruang udara bulat dan dail bingkai krom. Sistem operasi MMI mempunyai skrin tambahan elektronik, terminal terletak di konsol pada tengah dashboard. Ianya menampilkan paparan skrin 5.8 inci resolusi tinggi dan sebagai tambahan pengalaman memandu, kawalan MMI baharu diletakkan pada posisi belakang gear shift. Selain dari itu, kenderaan ini juga dilengkapi dengan sistem perhubungan Audi Music Interface iPod, sistem Informasi Pemandu dan Bluetooth telefon mudah alih interface.
Ianya adalah kereta pereka yang jelas menunjukkan ketajaman dan keberanian. Ya, model ini agak kecil jika dibandingkan dengan model sebaris dengannya, VW Jetta dan mereka berkongsi rangkaiankuasa yang sama.
Cara pemanduan sangat mengagumkan dari mula bergerak. Bunyi enjin kurang kedengaran dari dalam kereta. Tindakbalas pusingan stereng semasa dalam kelajuan amat baik. Model Audi ini jelas jauh lebih baik dari saingannya kerana revolusi D Tronic Dynamic Shify Gearbox shifts yang pantas dan tepat untum mendapatkan kompromi kuasa dan kecekapan bahan api.
Gearbox S Tronic berdasarkan turutan kotak gear manual tetapi menggunakan sistem klac kembar pintar untuk pastikan kelancaran yang baik. Masukan gear pertama dan kotak gear akan pra-masukkan gear kedua terlebih dahulu, di mana klac kedua akan terus dimasukkan sebaik saja anda mahu masuk ke gear kedua. Pilihan lain adalah apabila anda mahu menukar ke ‘D’ dan memandu secara normal automatik. Walaupun dalam mod ini, ianya tetap lancar.
Spesifikasi Audi A3 Sedan 1.8TFSI
Enjin: 4-silinder Turbo secara langsung
Anjakan : cc
Transmisi: 7-Kelajuan S-Tronic
Kuasa Maksimum:180bhp @ 5000-6000rpm
Tork Maksimum: 250Nm @ 1400-4000rpm
Puncak Kelajuan : 235km/sejam
0-100km/sejam:6.8saat
Harga: RM240,888.00
No Comment