Lamborghini Telah Menghasilkan 8000 Aventador Dan 11,000 Huracán
Tujuh tahun selepas ianya diperkenalkan ke pasaran, Lamborghini Aventador kini meraih satu pencapaian penting dalam sejarahnya dengan penghalisan unitnya yang ke 8,000. Chassis nombor 8,000 adalah Aventador S Roadster: model di Grigio Telesto akan dihantar kepada pelanggan di Jepun.
Selepas hanya empat tahun pengeluaran Huracán nombor 11,000 pula keluar dari barisan pemasangan. Kereta Blue Nethuns ini, casis nombor 11.000, adalah untuk untuk pasaran Itali.
Penghantaran Automobili Lamborghini di seluruh dunia meningkat sebanyak 11% kepada 2,327 kereta pada separuh pertama 2018. Jualan global model Huracán dengan pasangan Coupe dan Spydernya, serta versi racecar menunjukkan peningkatan dari 1,400 kepada 1,604 unit. Barisan Aventador mengekalkan tahap yang tinggi dalam tempoh sebelumnya dengan 673 unit dihantar.
No Comment