Pandu Sejauh 640 km Dengan Setangki Petrol
Proton 1-Tank Adventure bagi kawasan Tengah telah berakhir dengan jayanya pada 18 Julai 2018. Peringkat pertama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di mana 36 orang peserta telah mengambil bahagian menggunakan 18 buah kereta. Kesemua kereta berjaya mencapai jarak pemanduan sejauh 640 km dengan hanya satu tangki minyak.
Para peserta termasuk rakan media, selebriti terkenal, ‘Key Opinion Leaders’, dan orang awam memandu sama ada Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT dari ibu pejabat Proton di Centre of Excellence (COE), Subang Jaya ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto iaitu cawangan pengedar Proton bertaraf 4S yang terletak di Shah Alam hanya dengan satu tangki minyak.
Para peserta bebas untuk menggunakan kreativiti masing-masing semasa memandu kerana pihak Proton tidak menetapkan sebarang halangan pemanduan terhadap mereka.
Perjalanan bermula di lebuhraya di mana para peserta memandu pada kelajuan 80km/j hingga 100km/j sebelum memandu 60km/j ke 80km/j di jalan alternatif dengan lalu lintas, penyelenggaraan jalanraya, lori dan keadaan jalan raya yang sama dengan keadaan memandu harian.
Peserta memandu secara senang dan mudah melalui Kuala Selangor, Teluk Intan, Bukit Gantang R&R, Weil Hotel, Istana Kellie sebelum pulang ke Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS).
Selain daripada itu, para peserta juga sempat menikmati masakan tempatan yang terkenal seperti mee udang galah, mee rebus Mastan Ghani, nasi vanggey dan durian di sepanjang jalan.
Untuk menyukat penggunaan minyak dengan tepat, para peserta digalakkan untuk memandu secara bebas dengan penghawa dingin, tanpa mengeluarkan apa-apa alat keselamatan (contoh seperti tayar ganti).
Keputusannya, semua kereta mencapai 640km dalam hanya satu tangki minyak dan hasilnya disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF). Pencapaian terbaik adalah dari kategori awam yang diketuai oleh Saga 1.3 CVT pada 3.57L/ 100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Saga adalah 4.5L / 100km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 4.00L/100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Persona adalah 5.09L/100km) dan Iriz 1.3 CVT pada 4.75L/100km (purata penggunaan dalam kumpulan Iriz adalah 5.55L / 100km).
Aktiviti terakhir sebelum garis penamat adalah aktiviti pemanduan dinamik di mana para peserta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta Proton yang mempunyai ciri-ciri keselamatan aktif ASEAN-5 Bintang di Persona dan Iriz, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Kestabilan Traksi (TC), dan Sistem Pengunci Anti-Kunci (ABS).
No Comment