Gaya Hidup / Lifestyle

Peminat Bertuah Alami Kehebatan Perlumbaan Tahan Lasak

Peminat sukan lumba kereta, John Chu, telah mendapat layanan istimewa di acara perlumbaan tahan lasak apabila penyertaan bertuahnya terpilih sebagai pemenang dalam peraduan foto Facebook 2014 Asian Le Mans Series anjuran Michelin Malaysia.

Chu bukan sahaja menerima tiket layanan VIP ke pusingan akhir Asian Le Mans di Litar Antarabangsa Sepang, tetapi juga berpeluang melihat ‘aksi’ dari dekat dan bertemu dengan para pelumba dan anggota pasukan masing-masing.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Memang saya sudah lama teringin untuk turun ke padok dan melihat sendiri aksi dari dekat. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Michelin Malaysia kerana memberi saya peluang menikmati keistimewaan sekali seumur hidup ini yang pasti tidak akan saya lupakan,” kata Chu, 48 tahun, yang begitu teruja dengan kesempatan ini.

Michelin Malaysia, rakan komersial dan pembekal tayar rasmi untuk 2014 Asian Le Mans Series, telah menganjurkan peraduan foto Facebook untuk menawarkan pengalaman layanan VIP tersendiri kepada pelanggannya dalam pusingan akhir musim perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Peserta perlu mengambil gambar tayar MICHELIN dan memaparkannya di laman Facebook rasmi Michelin Malaysia dengan sebaris ayat yang menjelaskan mengapa mereka mahu memenangi tiket ke perlumbaan tersebut. Pemenang boleh membawa pasangan mereka dan menikmati program VIP yang diatur khas, termasuk peluang bersantai di bilik layanan eksklusif berhawa dingin, sesi bertemu dan beramah mesra dengan ahli pasukan perlumbaan dan lawatan di belakang tabir.

“Tayar MICHELIN yang dipaparkan dalam foto kemenangan saya ialah MICHELIN Pilot Super Sport yang baru dipasang beberapa hari sebelum peraduan. Bagi saya, pemasangan tayar kereta yang betul amat penting untuk prestasi pemanduan optimum.

“Saya pilih MICHELIN kerana memenuhi keperluan terbaik dari segi keselamatan, daya tahan dan penjimatan,” kata Chu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mengulas tentang pengalaman menariknya di Sepang, Chu berkata beliau memang telah lama memendam impian memandu kereta lumba, malah pernah bercita-cita menjadi pemandu kereta lumba. “Ternyata impian saya tercapai selepas dijemput untuk menyaksikan aksi hebat kejohanan Asia dengan akses dan layanan VIP, beramah-mesra dengan pemandu kereta lumba Asia terkemuka dan menikmati perhatian istimewa yang diberikan!”

Pengarah Urusan Michelin Malaysia Beltran Yturriaga berkata: “Kepuasan pelanggan sentiasa diutamakan di Michelin.  Layanan VIP pasti menarik dan memperkaya pengalaman pelanggan, yang menjadi tumpuan dalam segala apa yang kami lakukan.”

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Asian Le Mans Series menyediakan landasan yang benar-benar unik untuk memaparkan pencapaian Michelin di litar lumba serata dunia sepanjang tempoh 100 tahun lepas,” kata Beltran.

“Penglibatan Michelin dalam sukan lumba kereta membuktikan ‘Prestasi Keseluruhan’ tayar kami, yang menggabungkan cengkaman pada permukaan kering dan basah, prestasi yang konsisten dan juga daya ketahanan haus yang merupakan aset penting bagi perlumbaan lasak,” tambah beliau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA x

Previous post

Infiniti Q70 Terima Mercedes Diesel

Next post

HR-V Serba Baharu Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM99,800

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *